My Blog List

Monday, May 24, 2010

Alumni SAMTS Batu 38


SABAK BERNAM 23 Mei - Buat pertama kalinya Alumni SAMTS Batu 38 telah dilancarkan secara rasminya di Dewan Besar SAMTS Batu 38. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dato' Nahrowi Hashim, Mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). SAMTS Batu 38 yang mula dibuka pada tahun 1948 telah melahirkan sebegitu ramai ustaz dan ustazah. Malangnya alumni yang berdaftar secara sah hanya dapat direalisasikan setelah hampir 62 tahun maahad ini dibuka. Sebelum ini banyak kali percubaan bekas pelajar menubuhkan alumni tetapi hanya menyasarkan kumpulan pelajar berdasarkan sesi tertentu seperti alumni sesi 1986 hingga 1992. Namun pada kali alumni yang didaftarkan bertujuan menghimpunkan semua bekas pelajar tanpa mengira sesi persekolahan. Hal ini bermakna semua bekas pelajar yang pernah bersekolah di maahad ini layak mendaftar sebagai ahli alumni. Yuran pendaftaran ialah RM50 seumur hidup. Pada mesyuarat agung kali pertama yang didakan selepas upacara perasmian, Dr Zulkefli Haji Aini telah dipilih sebagai presiden yang pertama bagi sesi 2010-2012. Sekalung tahniah kepada semua jawatankuasa penaja yang berjaya menubuhkan alumni ini. Kepada semua bekas pelajar, daftar segera sebagai ahli alumni.

Monday, May 17, 2010

Hari Keluarga SDM 2010

15 Mei TELUK RUBIAH - Warga SDM telah berjaya menganjurkan satu perhimpunan hari keluarga 2010 yang diadakan di Teluk Rubiah Beach and Golf Resort. Seramai 65 keluarga menyertai perhimpunan pada kali ini. Sepanjang perjalanan semua peserta berpeluang menyertai acara pertama iaitu explorace yang dimenangi oleh keluarga Puan Hajah Fauziah. Setibanya konvoi di lokasi, mereka terus menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan.
Acara bermula pada pukul 2.30 petang iaitu pelbagai acara sukaneka melibatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan serta acara dewasa lelaki dan perempuan. Dalam acara dewasa, iaitu acara menyambung biji manik ke dalam tali tangsi, kumpulan pengetua telah muncul johan seterusnya dicemburui oleh pasukan lain yang bertanding.

Saturday, April 24, 2010

Muet Pertengahan Tahun 2010

Aku ni sebenarnya dah lama tak jaga exam nih...tapi ntah cam mana ntah...tetiba je nama aku naik jaga MUET. Bukan pengawas biasa jer...kena jadi ketua pengawas lak...hahaha...apa boleh buat...aku terima je la job ni...belajar pelan-pelan la. Mula-mula kena gi taklimat kat ppd...pastu kena obk (operasi buka kotak) kat bilik kebal...pastu kena wat meting ngan pengawas lak..pastu kena gi melawat pusat lak...akhirnya sampailah hari bertugas...awal-awal lagi aku dah tercegat kat bilik kebal...bilik kebal lak tak leh bukak lagi sebab kunci kat pejabat...apa nak buat kerani pejabat tak datang lagi...kena la tunggu dulu...bila dah dapat buka bilik kebal...kita orang pun tunggu giliran nak ambik bahan-bahan bawak kat pusat muet tu...tetiba je bahan-bahan aku dah tak de...hairan gak...tadi aku tengok ada...baru je aku semak tadi...rupanya ada lak member dari pusat lain yang tolong bawak kan...bila tepon dia...h.p dia off lak...kena la kejar sampai kat pusat yang dia jaga tu...pastu baru la aku dapat set soalan untuk pusat yang aku jaga...apa lagi dah lambat ni...aku pun merempit la...melambung set soalan yang aku bawak tu...sampai-sampai aku terus naik kat bilik muet tu...fuh lega...semua masih terkawal lagi...kira ok la...paper mula-mula berjalan dengan lancar...pelawat dari ppd datang melawat...dia kata ok...lega...masuk paper kedua...aku dah mula gelabah...sorang calon kat pusat aku ni ada jantung berlubang...tetiba dia kata sesak nafas lak...risau gak aku nih...nak wat cam ne nih...kalau tetiba je dia pengsan...camne???pastu aku pun pindahkan dia kat bilik sebelah...nasib baik pastu semua dah jadi ok...penyelia aku datang melawat lak...dia suh aku wat laporan je kat buku laporan...kira ok la...paper ketiga yang aku paling takut...listening...aku siap sewa radio cd kat kedai lagi...tapi Alhamdulilllah...semua nye berjalan lancar...lega...semua set jawapan calon pun aku dah pos...terima kasih kepada semua rakan-rakan...pastu kat tuan rumah pusat tempat aku jaga tuh...lupa lak nak ucap terima kasih...sebab depa ni pemurah...bagi kami sarapan siap dengan awek2 lagiii....kepada semua calon...selamat maju jaya...good luck!!!bye...

Thursday, April 22, 2010

Bengkel Inovatif Guru-guru Bahasa Melayu


SABAK BERNAM 22 APRIL - Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam melalui unit bahasa telah berjaya menganjurkan bengkel inovatif untuk guru-guru Bahasa Melayu tingkatan satu dan dua. Setiap sekolah menengah menghantar dua orang guru sebagai peserta. Para peserta diberikan tunjuk ajar tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menekankan elemen inovatif dalam pemilihan bahan bantu pengajaran agar pengajaran Bahasa Melayu menjadi lebih menarik dan berkesan. Bengkel sehari ini dibimbing oleh Tuan Rizuan Atan, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Sabak Bernam. Menurut Tuan Rizuan Atan, ketrampilan guru Bahasa Melayu berbahasa amat penting supaya murid yang diajar tentang bahasa akan lebih cepat memahami dan mengaplikasi kemahiran berbahasa dalam kehidupan seharian. Ketrampilan guru Bahasa Melayu perlu ditingkatkan khususnya dalam perbualan seharian dengan menggunakan sebutan baku. "Hari ini, guru-guru Bahasa Melayu sendiri segan untuk bertutur Bahasa Melayu dengan sebutan baku sedangkan sebutan bahasa baku telah digunakan sejak lama dulu khususnya dalam dendangan lagu-lagu Melayu," katanya. Di akhir sesi bengkel, setiap peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membuat rancangan pengajaran harian yang menekankan aspek penggunaan bahan bantu belajar bagi menyerlahkan kreativiti guru-guru dalam menyediakan rancangan pengajaran yang menarik dan berkesan.

Tuesday, April 20, 2010

Kejohanan Bola Baling MSSS 2010


Daerah Sabak Bernam telah menghantar 4 pasukan bagi menyertai Kejohan Bola Baling MSSS 2010 yang diadakan di SK Rawang dan SK Sinaran Budi di daerah Gombak. Kejohanan berlangsung selama tiga hari bermula 6 - 8 April 2010. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :
L12 - Pusingan awal
P12 - Naib Johan
L18 - Ketiga
P18- Pusingan awal

Keseluruhan - Ketujuh

Belajar membuat blog sendiri

Perkembangan ICT membawa satu fenomena baru kepada rakyat Malaysia untuk membina jaringan melalui laman sesawang. Justeru setiap individu perlu mempunyai satu ruang siber sendiri untuk berkarya. Salah satu laman sesawang yang paling mudah dibina dikenali sebagai blog. Setiap individu boleh membina blog mereka sendiri dan bebas menulis serta menyiarkan tulisan mereka di dalam blog yang mereka miliki....(bersambung dalam artikel berikutnya)