My Blog List

Monday, May 24, 2010

Alumni SAMTS Batu 38


SABAK BERNAM 23 Mei - Buat pertama kalinya Alumni SAMTS Batu 38 telah dilancarkan secara rasminya di Dewan Besar SAMTS Batu 38. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dato' Nahrowi Hashim, Mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). SAMTS Batu 38 yang mula dibuka pada tahun 1948 telah melahirkan sebegitu ramai ustaz dan ustazah. Malangnya alumni yang berdaftar secara sah hanya dapat direalisasikan setelah hampir 62 tahun maahad ini dibuka. Sebelum ini banyak kali percubaan bekas pelajar menubuhkan alumni tetapi hanya menyasarkan kumpulan pelajar berdasarkan sesi tertentu seperti alumni sesi 1986 hingga 1992. Namun pada kali alumni yang didaftarkan bertujuan menghimpunkan semua bekas pelajar tanpa mengira sesi persekolahan. Hal ini bermakna semua bekas pelajar yang pernah bersekolah di maahad ini layak mendaftar sebagai ahli alumni. Yuran pendaftaran ialah RM50 seumur hidup. Pada mesyuarat agung kali pertama yang didakan selepas upacara perasmian, Dr Zulkefli Haji Aini telah dipilih sebagai presiden yang pertama bagi sesi 2010-2012. Sekalung tahniah kepada semua jawatankuasa penaja yang berjaya menubuhkan alumni ini. Kepada semua bekas pelajar, daftar segera sebagai ahli alumni.

Monday, May 17, 2010

Hari Keluarga SDM 2010

15 Mei TELUK RUBIAH - Warga SDM telah berjaya menganjurkan satu perhimpunan hari keluarga 2010 yang diadakan di Teluk Rubiah Beach and Golf Resort. Seramai 65 keluarga menyertai perhimpunan pada kali ini. Sepanjang perjalanan semua peserta berpeluang menyertai acara pertama iaitu explorace yang dimenangi oleh keluarga Puan Hajah Fauziah. Setibanya konvoi di lokasi, mereka terus menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan.
Acara bermula pada pukul 2.30 petang iaitu pelbagai acara sukaneka melibatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan serta acara dewasa lelaki dan perempuan. Dalam acara dewasa, iaitu acara menyambung biji manik ke dalam tali tangsi, kumpulan pengetua telah muncul johan seterusnya dicemburui oleh pasukan lain yang bertanding.